Tuesday, April 11, 2017

Ada apa dengan blog ni??


Assalamualaikum semuaaaa...

okey, mungkin ini adalah post pertama dari blog ini and korang mesti tertanya-tanya apakah content atau tema bagi blog ini? kenapa ditubuhkan? betul ke tuan empunya blog ni seorang cikgu? bla bla bla lah aceecececehhhh macam retis plak kan. Hahaha...

Saje je letak gambar ni, Cuma masa ni kitaorang student biology ada program kat sekolah anak orang asli di cameron highland.


Baiklah, pertama sekali blog ni ditubuhkan hari ini disebabkan assigment aku dalam kursus yang aku ambil ni. So aku disuruh bina blog baru oleh lecture aku. Actually aku sebelum ini dah ada blog dah. korang boleh klik kat link ni untuk tengok blog aku yang lain ---------> http://shazrizalshahmy.blogspot.my . 

Kenapa cikgu biology??
Hahahahhaahha ofkosssssssssssssssssss aku sekarang sedang melanjutkan pelajaran degree kat UPSI dalam bidang pendidikan. Dan Insha'Allah bakal cikgu biology untuk anak-anak awak..cia cia cia cia. k fine. hahahaha so blog ni mungkin sebagai motivasi aku untuk jadi acah-acah cikgu walaupun tengah study kan. So this is my journey to become a teacher.. gitewwwww (> <). Dan mungkin untuk next post, aku akan bahasakan diri aku dalam penulisan blog ni sebagai cikgu. Wahhhhh blushing dohh..

dah kenapa akak kat belakang tu? meroyan eh? hahaha


Apa tema blog ni?

Okey, sebenarnya niat pertama aku nak jadikan blog ni sebagai santai. Tulis pengalaman aku or whateverlah. Tapi fikir punya fikir, buat apa aku buat konsep blogging pasal diri sendiri padahal aku dah ada blog lagi satu. Blog aku yang ni ----> http://shazrizalshahmy.blogspot.my berkonsepkan bebas dan santai. So aku cadang, untuk blog ni, aku akan bertemakan semua tentang kehidupan biology tapi dari masa yang sama penulisan kena santai supaya korang takdelah mengantuk baca blog aku ni kan. hahahaha. Aku nak tulis pun seronok. HOHOHO



Rasanya itu sahaja kot nak cakap untuk permulaan ni. So hope korang akan enjoy lah baca blog aku ni nanti. Mungkin ada kisah mengarut, fakta, auta, fiksyen, kisah aku apa semua tu tapi semua berkonsepkan biology. 

Oh tidak lupa juga, kalau korang nak follow boleh follow blog aku. Atau nak follow circle google pun boleh kat tepi blog aku ni. So apa-apa information korang lah yang pertama akan masuk. Huhu

Ok byeee...



3 comments:

  1. Hmmm... Best jugak story brother ni.. acah- cikgu. Berangan before tunggu abis study

    ReplyDelete