Monday, April 17, 2017

Bila lalat bergaduh macam wrestling. HAHA


Assalamualaikum...
Hari ni nak share something pasal satu video menarik ni..
Pasal lalat buah bergaduh alah-alah superhero. Tak sangka lah kan dia boleh flying kick bagai.

Kisah dia macam ni, ada seorang scientist ni dia buat kajian pasal lalat ni dengan melihat emosi diorang. Diorang menggunakan cahaya merah dengan gelombang yang berbeza untuk lihat perubahan emosi lalat2 ni..

So enjoy this video.. :)!



Awesome!!!!!!!!!!!!



Fakta-Fakta Harian Yang korang tak tahu...



Image result for road long

1. Jika semua saluran urat darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi Jalan Raya sepanjang 96,000. Kilometer.




2. Saraf ditubuh badan manusia dapat menghantar impuls kira-kira 90 Meter sesaat.


3. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 Meter persegi.


4. Manusia akan hilang sebanyak 50 Peratus deria rasa pada usia 60 tahun.



5. Setiap langkah kehadapan anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan.


Image result for colour blind


6. Orang lelaki mudah mendapat buta warna, 10 kali ganda berbanding wanita.




7. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.


8. Apabila sesaorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit, iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.

Image result for drink water





9. Secara purata sesaorang itu minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.




10. Manusia hanya menggunakkan 10 peratus daripada otaknya untuk berfikir.



Image result for bersin


11. Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.



12. Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.




13. Badan manusia mengandungi sulfur yang cukup untuk membunuh kutu anjing, karbon untuk membuat 9,000 batang pensel, potassium, lemak untuk membuat 7 ketul sabun, fosforus untuk membuat 2,200 batang kepala mancis dan air untuk mengisi tangki sebanyak 37 liter.




14. Ketika mulut kering, anda tidak akan dapat menikmati sebarang makanan, ini kerana air liurlah yang membantu kita merasa sesuatu yang masin, manis, masam dan sebagainya.



Image result for bersin




15. Apabila anda mengecam muka sesaorang anda sedang menggunakan otak sebelah kanan.

Image result for eyes



16. Pada retina mata, terdapat lebih 100 juta sel yang cukup sensitif terhadap cahaya.



17. Jika 80 peratus hati manusia dipindahkan, bahagian yang tinggal masih boleh berfungsi, malahan ia akan membesar ke saiz asal dalam tempoh tertentu.




18. Secara purata kita menuturkan 30,000 perkataan sehari, mengambil masa selama 3 jam 30 minit. Ini bererti dalam tempoh 1 jam kita menyebut 9,000 perkataan yang ada.




19. Jika anda terkurung didalam bilik yang kedap udara, anda akan mati kerana keracunan karbon dioksida bukan kerana kekurangan oksigen seperti yang disangkakan.


20. secara purata setiap orang makan 51 kilogram bahan perasa temasuk gula dan garam setahun.

Air liur boleh rawat luka??


Ok, ini entry serius.Takde nak merapu-merapu lagi ok.Pagi tadi lecture kelas aku telah mengajar pasal Pathogen yang menyebabkan badan kita sakit dan bla.bla.bla.bla.bla (aku lupa).Dalam keseronokkan dan pening-pening apa yang lecture aku ajar..ada yang perkara yang tertarik untuk aku dengar dan memberi tumpuan seratus peratus.lecture aku cakap, “Dalam air liur kita ada lysozymes yang boleh hapuskan Bacteria kerana..bla.bla.bla…so luka pun akan lebih cepat kalau ditarukkan dengan Air liur,kalau nak baik lagi tarokkan dengan Air liur basi kerana air liur basi lebih pekat dan secukup rasa.”


Image result for air liur


Mula-mula aku mushkil jugak apa yang lecture aku cakapkan ni,so aku balik rumah aku bukalah Google.Aku taip "Air Liur Boleh rawat luka"...DushhhhhH!!!! berlambak penuh gila tentang artikel-artikel pasal air liur sebagai antiseptik.Adalah satu artikel yang menarik pemerhatian aku.Tajuknya artike tersebut "Air liur hilangkan jerawat" agak nak termuntah hijau jugak bila baca artikel tersebut.bueekkkk...dia cakap,
 "dulu saya banyak jerawat,lepastu dengan nasihat doktor yang tak bertauliah yang gajinya ciput taik idung masin hasilnya cukup memberasangkan.Kini jerawat saya sudah hilang dengan rawatan air liur basi sendiri.Dengan syarat sebelum tidur gosok gigi dahulu, supaya takada bendasing yang mempengaruhi PH normal dalam mulut kita. Barulah air liur kita suci dari kekotoran"..siapa yang geli dipersilakan muntah di belakang komputer anda.hahaha..

Image result for saliva

P/S:Mungkin sedikit sebanyak artikel aku memberi manfaat kepada korang semua.Ingat!! jangan ludah merata-rata...ludahlah di muka anda agar jerawat muka anda hilang. Kalau ada luka2 tu sapu2 kan lah sikit. HAHAHAHA

Tuesday, April 11, 2017

Ada apa dengan blog ni??


Assalamualaikum semuaaaa...

okey, mungkin ini adalah post pertama dari blog ini and korang mesti tertanya-tanya apakah content atau tema bagi blog ini? kenapa ditubuhkan? betul ke tuan empunya blog ni seorang cikgu? bla bla bla lah aceecececehhhh macam retis plak kan. Hahaha...

Saje je letak gambar ni, Cuma masa ni kitaorang student biology ada program kat sekolah anak orang asli di cameron highland.


Baiklah, pertama sekali blog ni ditubuhkan hari ini disebabkan assigment aku dalam kursus yang aku ambil ni. So aku disuruh bina blog baru oleh lecture aku. Actually aku sebelum ini dah ada blog dah. korang boleh klik kat link ni untuk tengok blog aku yang lain ---------> http://shazrizalshahmy.blogspot.my . 

Kenapa cikgu biology??
Hahahahhaahha ofkosssssssssssssssssss aku sekarang sedang melanjutkan pelajaran degree kat UPSI dalam bidang pendidikan. Dan Insha'Allah bakal cikgu biology untuk anak-anak awak..cia cia cia cia. k fine. hahahaha so blog ni mungkin sebagai motivasi aku untuk jadi acah-acah cikgu walaupun tengah study kan. So this is my journey to become a teacher.. gitewwwww (> <). Dan mungkin untuk next post, aku akan bahasakan diri aku dalam penulisan blog ni sebagai cikgu. Wahhhhh blushing dohh..

dah kenapa akak kat belakang tu? meroyan eh? hahaha


Apa tema blog ni?

Okey, sebenarnya niat pertama aku nak jadikan blog ni sebagai santai. Tulis pengalaman aku or whateverlah. Tapi fikir punya fikir, buat apa aku buat konsep blogging pasal diri sendiri padahal aku dah ada blog lagi satu. Blog aku yang ni ----> http://shazrizalshahmy.blogspot.my berkonsepkan bebas dan santai. So aku cadang, untuk blog ni, aku akan bertemakan semua tentang kehidupan biology tapi dari masa yang sama penulisan kena santai supaya korang takdelah mengantuk baca blog aku ni kan. hahahaha. Aku nak tulis pun seronok. HOHOHO



Rasanya itu sahaja kot nak cakap untuk permulaan ni. So hope korang akan enjoy lah baca blog aku ni nanti. Mungkin ada kisah mengarut, fakta, auta, fiksyen, kisah aku apa semua tu tapi semua berkonsepkan biology. 

Oh tidak lupa juga, kalau korang nak follow boleh follow blog aku. Atau nak follow circle google pun boleh kat tepi blog aku ni. So apa-apa information korang lah yang pertama akan masuk. Huhu

Ok byeee...